Latar belakang Pilihan_raya_umum_Jepun_2012

Pada pilihan raya umum tahun 2009, Parti Demokratik Jepun (DPJ) yang diketuai oleh Hatoyama Yukio telah menang membenarkan DPJ untuk berkuasa buat pertama kalinya sejak Perang Dunia Kedua. Ini membenarkan Hatoyama untuk menjadi Perdana Menteri. Sejak itu, Jepun mempunyai dua orang lagi Perdana Menteri, Kan Naoto dan Noda Yoshihiko.

Pada Julai 2012, Naib Perdana Menteri, Okada Katsuya memberitahu Parti Demokratik Liberal (LDP) mengenai pembubaran parlimen dan mengadakan pilihan raya pada Januari 2013.[2] Persetujuan dicapai dalam bulan Ogos untuk membubarkan Diet dan mengadakan pilihan raya tidak lama selepas meluluskan kenaikan cukai penggunaan.[3]

Bagaimanapun, pembubaran tidak dibuat seperti dijanjikan. Pada 16 November 2012, Noda membubarkan parlimen, membenarkan pilihan raya umum dilakukan dalam masa sebulan setelah menerima tekanan dari dalam DPJ dan juga parti-parti pembangkang terutamanya LDP.[4]